iklan

Transportation, Emotional

07 April 2011

U - Wartawan : Bil Elektrik & Amalan Kecekapan Tenaga


Salam dan hai...
Entry kali ni khas untuk program U - Wartawan di Astro Awani mengenai peri pentingnya amalan cekap tenaga atau dalam bahasa popularnya, penggunaan tenaga secara lestari. Pertama sekali, saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan wartawan yang terdapat di page U - Wartawan (facebook).

Soalan 1: Berapakah bil elektrik rumah anda setiap bulan? Adakah anda orang yang tidak ambil kisah berapa bil yang dibayar setiap bulan? Jika anda merasakan bil anda terlalu tinggi, apakah yang anda lakukan untuk mengurangkannya? Jika bil bulanan anda rendah, adakah anda mahu terus mengekalkannya?

Jawapan 1: Jika dilihat pada penggunaan tahun-tahun lepas, secara puratanya bil bulanan saya mencecah sehingga RM 40 - RM 50 sebulan. Namun, setelah berjaya mengenal pasti puncanya, kini bil yang saya terima tidak pernah melebihi RM 20 (yang mana bil RM 20 ke bawah adalah dibiayai oleh kerajaan @ subsidi). Maka, secara puratanya sekarang, saya tidak membayar sesen pun untuk bil elektrik bulanan saya. Malah jika dirujuk pada bil yang disertakan, bil tersebut menunjukkan -RM 1.90 (yang mana menimbulkan persoalan berikut di minda saya : "Adakah ini bermakna pihak Tenaga Nasional Berhad berhutang dengan saya?")
Bil Elektrik (Terkini)


Jika keadaan begini berterusan, sudah tentulah saya tidak ambil kisah bil yang perlu dibayar kerana saya memang tidak perlu membayarnya. (",) Namun, sekiranya bil bulan yang seterusnya meningkat, sudah tentunya saya akan mencari punca dan cara untuk mengatasi peningkatan tersebut. Memandangkan bil bulanan saya masih boleh dikira rendah, maka sudah tentulah saya ingin keadaan ini berkekalan sampai bila-bila. (",)


Soalan 2: Bagaimana anda menggunakan elektrik di rumah atau pejabat anda? Atau anda mungkin tidak kisah dan membayar bil yang dikeluarkan. Atau anda seorang pengguna yang cekap dan mengamalkan langkah berhemat, tetapi bagaimana anda melakukannya? Kongsikannya bersama kami.

Jawapan 2: Memandangkan saya bukanlah pekerja di bahagian pengurusan, maka saya tidak akan mengulas mengenai penggunaan elektrik di pejabat saya bekerja kerana dibimbangi saya akan menjadi berat sebelah. Berbalik kepada soalan tersebut, saya menggunakan elektrik bergantung kepada keperluan, dan bukannya kemahuan. Perkara yang saya lakukan untuk mengurangkan penggunaan elektrik adalah:-
- menukar penggunaan mentol biasa kepada mentol cekap tenaga
- memasang lampu, bila diperlukan sahaja
- membasuh pakaian hanya apabila muatan washing machine penuh
- jerang air hanya apabila ingin meminum air panas
- memilih pakaian yang tidak perlu diseterika
- membuka pintu/tingkap untuk pengaliran udara, disamping penggunaan kipas secara minima
- memastikan palam peralatan elektrik dicabut setiap kali selesai penggunaannya
- menghabiskan masa di luar rumah @ di pejabat juga banyak membantu
 Selain dari perkara tersebut, saya juga sedang merancang untuk menanam pokok bagi menyejukkan kediaman secara semulajadi.


Soalan 3: Adakah anda prihatin dengan bil elektrik anda? Bagaimana pula dengan pemilihan barangan elektrik dan cara penggunaan yang boleh membantu mengurangkan bil, dan apakah anda melakukan amalan yang ditetapkan bagi membantu mengurangkan penggunaan elektrik?

Jawapan 3: Sekarang, saya lebih prihatin dengan bil elektrik saya berbanding beberapa tahun lepas. Kebanyakkan barangan elektrik yang saya gunakan sudah melebihi 3 tahun (ketika saya masih tidak ambil peduli mengenai penggunaan tenaga secara lestari), maka sudah tentulah pemilihan barangan tersebut mengikut spesifikasi poket saya sahaja. Namun, jika barangan elektrik tersebut perlu ditukar, sudah tentulah saya akan memilih barangan elektrik cekap tenaga. Mungkin dulu, saya hendak bil elektrik saya berkurangan... namun, kini saya telah menjadikan ianya satu keperluan.

Akhir kata, andai kita mampu mengubah diri kita, maka kita mampu melihat perubahan. Namun, andai kita hanya mengharapkan orang lain berubah untuk kita,  maka semua apa yang kita inginkan tidak akan menjadi nyata. (",)